Senarai Tugas


TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK

Pusat Sumber Sekolah hendaklah dikawal oleh sebuah badan yang disebut Jawatankuasa Pentadbir Pusat Sumber Sekolah.

Tugas-tugas jawatankuasa ini ialah:
  • Menentukan matlamat, objektif dan polisi Pusat Sumber Sekolah
  • Mengkaji dan meluluskan program-program media yang dicadangkan
  • Meluluskan peruntukan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan program-program media
  • Mengkaji laporan penggal tentang kemajuan Pusat sumber Sekolah.


TUGAS JAWATANKUASA KERJA

  • Menguruskan perkhidmatan-perkhidmatan di Pusat Sumber Sekolah
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan
  • Mengemukakan laporan kemajuan Pusat Sumber Sekolah kepada Jawatankuasa Tadbir (Induk)


Tugas Perpustakaan & Media Sekolah
  • Menyelaras semua program media yang dirancang dan dilaksanakan
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan Pusat Sumber Sekolah
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan
  • Menggalakkan guru-guru dan pelajar-pelajar menggunakan Pusat Sumber Sekolah
  • Mendapatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pusat Sumber Sekolah
  • Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta berhubung dengan urusan Pusat Sumber Sekolah
  • Menyediakan laporan


Tugas-Guru Perpustakaan
  • Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan perpustakaan.
  • Melatih dan menyelia kerani dan pengawas Pusat Sumber.
  • Menjamin perjalanan perpustakaan berjalan dengan baik.
  • Merancang aktiviti perpustakaan
  • Merancang anggaran belanjawan tahunan perpustakaan
  • Menyimpan rekod perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya
  • Memperolehi dan menyemak maklumat-maklumat mengenai bahan-bahan baru dan terkini untuk koleksi perpustakaan
  • Menyemak stok pada akhir tahun


Tugas Guru Perkhidmatan Astro/TVP
  • Merancang anggaran belanjawan tahunan unit tayangan
  • Mempamer serta mengedarkan bahan-bahan sokongan perkhidmatan tayangan seperti jadual waktu siaran dan jadual tajuk rancangan
  • Menyediakan jadual penggunaan Bilik Audio-Visual
  • Membina koleksi pita-pita video rancangan TV Pendidikan
  • Menyediakan buku-buku Rekod Penggunaan Bilik Audio-Visual
  • Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan perkakasan tayangan kepada sekolah dengan segera
  • Memastikan kebersihan dan keceriaan Bilik Audio-Visual sepanjang masa


Tugas Guru Bahan Bantu Mengajar

  • Merancang anggaran belanjawan tahunan perkhidmatan alat pandang dengar/alat bantu mengajar untuk pusat sumber sekolah
  • Mencatatkan semua bekalan atau hardware dan software yang dibeli ke dalam buku stok alat pandang dengar
  • Mengelas dan mengkatalog semua bahan untuk pengetahuan guru-guru.
  • Mengadakan perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan penggunaan alat pandang dengar/alat bantu mengajar untuk guru-guru dan pelajar-pelajar.
  • Mewujudkan sistem pinjaman alat dan bahan secara berkesan.
  • Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan bahan hardware dan software kepada penyelaras PSS supaya dapat dibaikpulih atau diganti dengan segera.


Tugas Guru Makmal Komputer
  • Merancang anggaran belanjawan tahunan unit Makmal Komputer
  • Mempamer serta mengedarkan bahan-bahan sokongan perkhidmatan pengkomputeran seperti jadual waktuMenyediakan jadual penggunaan makmal komputer
  • Menyediakan buku-buku Rekod Penggunaan Makmal Komputer
  • Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan perkakasan komputer kepada sekolah dengan segera
  • Menganjurkan kursus dalaman kepada warga sekolah
  • Memastikan kebersihan dan keceriaan makmal komputer sepanjang masa
  • Tugasan lain yang difikirkan perlu dan bersesuaian untuk meningkatkan penggunaan dan pengetahuan komputer.


Tugas Guru Penyelaras ICT
  • Memastikan kemudahan Infrastruktur Teknologi yang diterima adalah betul dari segi kualiti dan kuantiti seperti yang terdapat dalam spesifikasi.
  • Menyediakan inventori bagi kemudahan Infrastruktur Teknologi yang dibekalkan.
  • Mengurus akaun pengguna dan e-mail.
  • Memastikan kesemua kemudahan Infrastruktur Teknologi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.
  • Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan Infrastruktur Teknologi di tempatkan.
  • Menyediakan garis panduan/peraturan/tetacara pengunaan kemudahan Infrastruktur Teknologi.
  • Menyediakan keperluan Infrastruktur Teknologi untuk kegunaan guru-guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya.
  • Mengenal-pasti masalah yang timbul samada masalah yang berkaitan perkakasan. Sistem Pengoperasian Rangkaian atau perisian-perisian seperti SSMS dan TLM dan menyelesaikan masalah tersebut.
  • Merancang pembelian  bahan habis guna (consumables).


Tugas Guru Nilam
  • Menyelaraskan segala aktiviti-aktiviti,program dan projek tentang Nilam
  • Menyimpan dan merekod buku nilam dengan sistematik dan kemas
  • Mengisi segala maklumat buku nilam ke dalam data murid dalam I-Nilam
  • Memberi maklumat kepada Guru Besar dan guru perpustakaan tentang bahan-bahan bacaan yang diperlukan
  • Pemeriksaan fail nilam setiap kelas dijalankan setiap akhir bulan.


Tugas Guru Rakan Pembaca
  • Melaksanakan bengkel latihan kepada murid Rakan Pembaca. 
  • Melatih murid kaedah dan strategi membaca berkesan.
  • Menyemak aktiviti yang dijalankan oleh murid dan memberi mata. 
  • Mengesahkan rekod Rakan Pembaca. 
  • Menyemarakkan aktiviti Rakan Pembaca.

Tugas-tugas Pengawas Pusat Sumber
  • Membantu membuat kerja-kerja pengkelasan, katalog dan susunan alat/bahan
  • Membantu dalam menerbitkan bahan-bahan pengajaran.
  • Membantu guru dalam membaiki dan mengubahsuai alat/perabot.
  • Membantu guru PSS dalam kerja-kerja memproses buku-buku.
  • Membantu guru PSS mengemaskinikan stok bahan cetak dan bukan cetak.
  • Membantu guru mengurus pinjaman/pemulangan buku.
  • Menggunting akhbar/majalah yang telah dipilih oleh guru PSS untuk tujuan fail tegak.
  • Membantu guru PSS mengendalikan aktiviti PSS.


1 comment: